Budak enam tahun lemas selepas terjatuh dalam terusan

Budak enam tahun lemas selepas terjatuh dalam terusan

KERJA-KERJA pencarian seorang kanak-kanak yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam terusan sedang dijalankan oleh pihak bomba di Terusan Sungai Dua, Bertam Perdana, Kepala Batas, Pulau Pinang, petang tadi.-IHSAN JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS : Seorang budak lelaki ditemukan lemas selepas dipercayai tergelincir dan terjatuh ke dalam satu terusan semasa sedang bermain dengan seorang rakannya di Terusan Sungai Dua di Bertam Perdana di sini, petang tadi.

Mangsa yang berusia enam tahun itu dijumpai dalam keadaan terapung selepas dipercayai hanyut kira-kira tiga kilometer (km) dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut kira-kira pukul 5.03 petang.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bertam seterusnya dikerah ke lokasi dengan dibantu oleh BBP Kepala Batas.

“Sebaik sahaja tiba di sana, komander operasi kemudian membuat ‘size up’ bersama PPE (peralatan perlindungan diri) lengkap menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan kaedah pencarian di atas kawasan permukaan air.

“Mangsa akhirnya dijumpai kira-kira pukul 5.29 petang hasil maklumat daripada orang awam yang turut-serta dalam pencarian tersebut dan cuba diberikan rawatan awal termasuk CPR (bantuan pernafasan) oleh bomba sebaik sahaja diselamatkan,” katanya di sini, hari ini.

Tambah beliau, mangsa bagaimanapun telah disahkan telah meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN