JOHOR BAHRU: Dua lelaki warga Singapura, masing-masing didenda RM1,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan membuang puntung rokok di tempat awam, Januari lalu. Hakim, Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim menjatuhkan hukuman itu terhadap Orang Kena Saman (OKS), Lim Hu Shen, 38, dan Tan Boon Haw, 38. Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara sebulan jika gagal membayar denda tersebut selain perlu menjalani Perintah Khidmat Masyarakat…









