KUANTAN: Pengurusan Chalet Kampung Inn di Pantai Cherating Lama di sini, bertindak membina tembok gabion sepanjang 36 meter bagi mengekang hakisan pantai yang semakin kritikal sejak September 2024. Pengusahanya, Tunku Datuk Anne Noraini Tunku Ismail berkata, ia mula dibina Ramadan lalu dan siap pada 15 Mac lalu melibatkan kos melebihi RM49,000. Katanya, langkah itu diambil selepas tiada maklum balas daripada pihak berwajib berhubung peruntukan untuk membina benteng penahan hakisan di…










