Bekas wartawan Utusan Malaysia, Sinar Harian meninggal dunia

Bekas wartawan Utusan Malaysia, Sinar Harian meninggal dunia

ALLAHYARHAM MOHD. LAZIM ENDUT 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Bekas wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Lazim Endut, 62, meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di rumahnya di Kampung Gong Beris, di sini, hari ini.

​Isterinya, Azimah Ismail, 56, berkata, dia menemukan Allahyarham di bahagian belakang rumah kira-kira pukul 1 petang ketika sedang bersiap hendak menunaikan solat Zohor.

Katanya, sebelum kejadian, Allahyarham sedang melakukan kerja di kawasan berkenaan. ​Allahyarham yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

​​Beliau adalah wartawan berpengalaman yang pernah berkhidmat bersama Utusan Malaysia khususnya di Terengganu dan sebagai bekas Ketua Wartawan Sinar Harian Terengganu yang aktif membuat liputan isu politik, ekonomi dan sosial.

Selain mahir dalam laporan berita, Allahyarham juga dikenali sebagai seorang yang sangat meminati penulisan berbentuk puitis serta berbakat besar dalam menghasilkan skrip drama dan lirik lagu sepanjang penglibatannya dalam dunia penulisan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN