PETALING JAYA: Bekalan petroleum negara kekal mencukupi dan stabil meskipun dunia kini berdepan krisis tenaga global susulan konflik di Asia Barat yang menjejaskan laluan strategik seperti Selat Hormuz. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, Malaysia sebagai ekonomi terbuka tidak terkecuali menerima tempias ketidaktentuan pasaran global namun situasi dalam negara masih terkawal dengan langkah proaktif sedang dilaksanakan. Menurutnya, kerajaan bersama Petronas serta pemain industri memantau rantaian bekalan setiap hari…










