TELUPID: Kerajaan negeri Sabah akan meningkatkan kuota bekalan beras kepada 35,000 tan metrik bulan ini bagi menstabilkan pasaran susulan isu pembelian panik yang berlaku di beberapa kawasan. Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI)), Datuk Jamawi Jaafar berkata, kekurangan bekalan ketika ini berpunca sebahagiannya daripada kegagalan pemborong mengeluarkan stok yang telah dibeli. Katanya, kira-kira 3,000 tan metrik beras yang telah dibayar masih…










