PETALING JAYA: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) mengaktifkan Program Prihatin bagi menyediakan bantuan kewangan bersasar kepada pelanggan yang terjejas akibat ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi. Menurut kenyataan, inisiatif itu bertujuan meringankan tekanan kewangan segera, menyokong kesinambungan aliran tunai serta memperkukuh daya tahan pelanggan dalam tempoh ketidaktentuan. “Bantuan disalurkan menerusi penyelesaian yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan individu dan perniagaan, dengan mengambil kira kedudukan kewangan masing-masing. “Di bawah Program Prihatin, pelanggan Pembiayaan…










