KUALA TERENGGANU: Sejumlah RM11,007,104.04 nilai rampasan keseluruhan melibatkan bahan api bersubsidi dan barangan kawalan direkodkan menerusi pelaksanaan Op Tiris 4.0 (Bersepadu). Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, ia hasil daripada 13,759 pemeriksaan yang dijalankan di seluruh negara dari 16 Mac hingga 12 April lalu. “Daripada jumlah itu, sebanyak 239 kes dikesan dengan tangkapan melibatkan 68 individu. Antara komoditi utama yang dirampas adalah…









