Apa lagi usaha mahu burukkan reputasi saya? Cukup-cukuplah, letih! – Betty Banafe - Utusan Malaysia

Apa lagi usaha mahu burukkan reputasi saya? Cukup-cukuplah, letih! – Betty Banafe

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Betty Banafe meluahkan rasa penat apabila terus berdepan konflik mahkamah berlarutan bersama bekas suaminya, Bruce Dargus meskipun sudah lapan tahun bercerai.

Seolah-olah tiada noktah, Betty atau nama sebenarnya Betty Ibtisam Abu Bakar Banafee, 44, hilang sabar dengan tindakan bekas suami yang didakwa sering mencetuskan kekecohan, walaupun masing-masing perlu berdepan pelbagai tindakan undang-undang yang menjejaskan ketenangan hidup serta masa depan anak-anak.

“Ada tak sesiapa yang pernah mendengar atau menghadapi permasalahan hampir sama seperti saya, apabila bekas suami meroyan?

“Saya sudah cukup sabar. Masuk tahun kelapan, naik turun mahkamah setiap bulan dengan melayan kerenah 17 fail saman yang dibuka, termasuk lima komital yang tiada kena-mengena dengan perintah penjagaan sementara.

“Semua ini hanya untuk menyibukkan saya menjawab afidavit, selain memaksa saya sentiasa bersedia demi masa depan anak-anak yang lebih selamat dan baik.

“Tidakkah kasihan melihat anak-anak terpaksa berdepan perbualan negatif dan toksik setiap kali bertemu keluarga bekas suami ketika pertukaran giliran mingguan?” katanya menerusi Instagram.

Selain berdepan konflik hak penjagaan, Betty turut mendedahkan dia dan anak-anak pernah melalui pelbagai siasatan, termasuk melibatkan pakar psikologi berhubung pertuduhan yang disifatkan tidak masuk akal.

“Satu van penuh wakil bersama pakar psikologi datang untuk menilai anak-anak dan orang dewasa, menjalankan soal selidik berkaitan dakwaan penderaan. Namun akhirnya mereka mengakui kami semua berperwatakan positif dan tiada unsur penderaan.

“Apa lagi usaha mahu memburukkan reputasi saya, wahai bekas suami dan keluarganya? Cukup-cukuplah. Saya letih,” luahnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa itu mengakui hanya ingin menjalani kehidupan yang tenang tanpa sebarang konflik berbangkit berkaitan perceraiannya.

“Ketika bercerai dahulu, saya langsung tidak menuntut nafkah mutaah, nafkah edah mahupun harta sepencarian. Saya hanya mahu berpisah secara baik demi mencari ketenangan jiwa dan memperbaiki diri. Salahkah lagi?” ujarnya.

Dalam pada itu, Betty turut menegur sikap peguam yang mewakili bekas suaminya agar lebih telus dan beretika dalam mengendalikan kes, tanpa memberi tekanan dari segi kewangan dan emosi kepada pihak terlibat.

Untuk rekod, Betty mendirikan rumah tangga dengan Bruce Dargus pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN