KOTA BHARU: Kerajaan Persekutuan komited memperkukuh pendekatan turun padang dengan memberi tumpuan terus kepada isu rakyat di peringkat daerah atau jajahan di seluruh negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pendekatan itu berbeza berbanding kaedah pentadbiran konvensional kerana ia memberi ruang kepada kerajaan untuk mendengar terus suara akar umbi termasuk daripada pegawai jajahan, penghulu dan pentadbir tempatan. Katanya, pengalaman turun padang ke beberapa kawasan seluruh negara sebelum ini termasuk…










