Anak perempuan Tun Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar saham

Anak perempuan Tun Daim mengaku tidak bersalah gagal isytihar saham

ASNIDA Daim didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana tidak mengisytiharkan pegangan daham dalam lima syarikat. - UTUSAN/NUZULSHAM SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Anak sulung Allahyarhan Tun Daim Zainuddin, Asnida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas tuduhan tidak mengisytiharkan pegangan sahamnya dalam lima buah syarikat.

Pertuduhan yang sama pernah dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan itu dan isterinya, Toh Puan Na’imah Khalid.

Asnida,65, didakwa tidak mengisytiharkan pegangan sahamnya dalam syarikat Amiraz Sdn. Bhd.; Arida Farms Sdn. Bhd.; Kangkung Catering Sdn. Bhd.; Transgrade Sdn. Bhd. dan Gajah3 Foods Sdn. Bhd.

Wanita terbabit didakwa melakukan perbuatan itu pada 13 Disember 2023, di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 36(2) akta sama.

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda tidak melebihi RM100,000. – UTUSAN

BERITA SELANJUTNYA MENYUSUL

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN