Air mani, mazi wajib basuh

Air mani, mazi wajib basuh

korban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Air mani, mazi wajib basuh

Saya ada kekeliruan mengenai status antara air mazi dan air mani. Jika air mani tidak najis adakah kita tidak perlu membasuhnya pada pakaian sedangkan air mazi muncul sebelum air mani keluar?

Azli
Tasik Kesuma

JAWAPAN
Air mani tidak najis. Namun apabila bercampur dengan mazi maka ia menjadi najis dan wajib dibasuh pada pakaian yang terkena.

Pelaburan emas patuh syariah

Sekarang banyak skim beli emas untuk pelaburan. Apakah skim ini mengikut atau patuh syariah? Bagaimana kita mahu mengesahkannya?

Peminat emas
Tanah Merah

JAWAPAN
Untuk mengenali pelaburan emas yang tepat, pastikan syariah itu berdaftar dan mempunyai pakar syariah yang bertauliah atau lebih selamat pastikan pelaburan simpanan emas yang dibuat oleh bank-bank yang bersifat Islamik.

Fasa umur untuk ibadah korban

Adakah tujuh bahagian korban itu semuanya mesti melibatkan umur peserta sudah mencapai akil baligh atau boleh sesiapa sahaja?

Firnan
Ipoh

JAWAPAN
Sebanyak tujuh bahagian korban boleh niat mengikut individu yang melakukannya sama ada ibadat korban atau akikah. Dalam mazhab Syafie tidak ada korban untuk kanak-kanak. Namun jika bapanya ingin melakukan korban untuk anaknya dengan menggunakan duit bapa itu sendiri tidak mengapa selagi tidak boleh digunakan duit budak tersebut.

 

Orang ramai boleh mengemukakan soalan kepada Ustaz Fauwaz Fadzil dengan menghantar e-mel kepada [email protected]

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN