PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah pada Ahad lalu. Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baginda bertitah, sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ). Sultan Ibrahim menitahkan YSIJ untuk menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan. “Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya…










