PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) kepada 70 kontraktor yang layak untuk melaksanakan projek pembinaan bilik darjah tambahan sistem binaan berindustri (IBS) di 50 buah sekolah. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, seramai 47 kontraktor turut menerima SST bagi projek pembinaan 47 dewan serba guna terbuka berbumbung di sekolah terlibat. Katanya, KPM bekerjasama dengan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam memastikan pembinaan projek pendidikan di seluruh negara berjalan lancar…










