KLUANG: Kerajaan menyasarkan menjadikan 500 kampung di seluruh negara sebagai Kampung Angkat Madani sepanjang tahun ini susulan impak positif pelaksanaan inisiatif tersebut khususnya daripada golongan sasar. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sasaran tersebut merupakan peningkatan ketara berbanding pelaksanaan inisiatif sama, sejak dua tahun lalu. Katanya, sebanyak 43 kampung menerima manfaat daripada inisiatif itu pada tahun 2024 semasa ia baharu diperkenalkan, manakala 219 kampung terlibat pada tahun 2025.…










