PETALING JAYA: Seramai 43 individu sudah ditahan berkait kejadian khianat dan rusuhan di sebuah pusat hiburan di Cheras dekat sini, baru-baru ini. Tangkapan terbaharu membabitkan 35 suspek yang dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk mendapatkan perintah reman. Difahamkan, suspek utama dipercayai warga China yang mengupah kumpulan itu juga sudah ditahan polis. Satu sidang akhbar berhubung kes itu akan diadakan hari ini. Terdahulu, 12 lelaki ditahan dipercayai terbabit…










