BESUT: CIMB Islamic Bank Berhad memperuntukkan dana permulaan sebanyak RM750,000 kepada 40 pelajar asnaf menerusi pendekatan keusahawanan agro lestari tanaman premium Melon Manis Terengganu (MMT). Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Group, Novan Amirudin berkata, peruntukan itu diberikan sejak 2023 secara berperingkat yang bertujuan mempertingkat latihan dan pengeluaran projek tanaman MMT di empat rumah hijau yang terletak di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Kampus Besut. “Selain menyokong peserta secara individu, program…










