1,094 suspek dadah diberkas menerusi Op Hawk

1,094 suspek dadah diberkas menerusi Op Hawk

YAHAYA Othman (dua dari kiri) melihat gambar Op Hawk selepas Program Derma Darah sempena Hari Polis Ke-219 di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Polis menahan 1,094 individu atas pelbagai kesalahan dadah menerusi empat siri Op Hawk yang dilaksanakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Pahang sepanjang empat bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, operasi khas itu menyasarkan individu dan sindiket yang terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah termasuk di kawasan Felda dan lokasi aduan orang ramai.

“Sepanjang tempoh operasi, sebanyak 541 serbuan dan 1,127 pemeriksaan dilakukan melibatkan premis kediaman, kenderaan serta individu. Daripada operasi itu, polis membuka 902 kertas siasatan dengan 1,094 tangkapan membabitkan pelbagai kesalahan dadah.

“Semua yang ditahan berusia antara 15 tahun hingga 77 tahun,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Derma Darah Sempena Hari Polis Ke- 219 Ibu pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang 2026 di sini, hari ini.

Yahaya berkata, daripada jumlah tangkapan itu, seramai 167 individu ditahan bagi kes bekalan dadah, 308 kes memiliki dadah manakala 619 lagi membabitkan kesalahan ujian air kencing.

Katanya, polis turut mengambil tindakan pencegahan terhadap 20 individu di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985 selain mengesan dan menahan semula 166 individu dikehendaki.

“Seramai 295 penagih tegar turut diambil tindakan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Beliau berkata, polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM158,054 dan menyita harta dipercayai hasil kegiatan dadah berjumlah RM266,120. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN