PETALING JAYA: Malaysia telah melengkapkan pencalonan Wayang Kulit Kelantan bagi Senarai Warisan Budaya Tak Ketara Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dengan penilaian dijangka akan berlangsung pada tahun ini. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penilaian dijangka akan berlangsung secara berperingkat dan pencalonan menonjolkan seni tradisi unik yang telah diamalkan secara turun-temurun di Kelantan. Menurutnya, selain Wayang Kulit Kelantan, Malaysia turut mencalonkan…










