PETALING JAYA: Seorang wanita disyaki berperanan sebagai ‘keldai’ bagi menyeludup empat ekor hidupan liar spesies siamang bernilai RM120,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang ditahan semalam. Tangkapan dilaksanakan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dengan kerjasama Bahagian Keselamatan Penerbangan (AVSEC). Ketua Pengarah Perhilitan, Datuk Abdul Kadir Abu Hashim berkata, penahanan itu susulan pemeriksaan bagasi bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Tiruchirapally, India. “Pemeriksaan kira-kira…









