KUALA LUMPUR: Balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini bahawa wang berjumlah RM2.8 juta yang diterimanya merupakan wang pengenalan yang diberikan secara sukarela dan bukannya suapan. Zizie Izette, 48, berkata demikian ketika pemeriksaan balas oleh pihak pendakwaan dalam perbicaraan bela dirinya di hadapan Hakim Rosli Ahmad. Ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya sama ada beliau menolak pemberian wang…










