Video lelaki terlondeh seluar di KLIA2 tular, polis belum terima laporan

Video lelaki terlondeh seluar di KLIA2 tular, polis belum terima laporan

Video lelaki terlondeh seluar di KLIA2 tular, polis belum terima laporan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis mengesahkan belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian seorang lelaki yang didakwa berkelakuan tidak senonoh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 6 Mac lalu kira-kira pukul 9.50 malam di kaunter MyBorder di kawasan ketibaan antarabangsa KLIA2.

Beliau berkata, individu terbabit adalah lelaki warganegara India berusia 44 tahun yang dipercayai terlepas penerbangan dijadualkan pada 5 Mac pukul 8.45 malam selepas tertidur.

“Semasa berada di lokasi kejadian, lelaki tersebut menggaru paha kanan sehingga menyebabkan seluarnya terlondeh selama kira-kira dua minit.

“Bagaimanapun, staf terminal yang berada di tempat kejadian segera menegur serta membantu memakaikan semula seluarnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, wakil syarikat penerbangan telah menghubungi waris lelaki berkenaan sebelum diserahkan kepada pihak Kedutaan India bagi urusan selanjutnya dan dijangka pulang ke negara asal pada 14 Mac ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh menimbulkan kegusaran atau dianggap tidak senonoh di tempat awam khususnya di kawasan tumpuan orang ramai termasuk lapangan terbang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN