PONTIAN: UMNO Johor akan membincangkan kesediaan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Maulizan Bujang untuk kembali menyertai parti dalam mesyuarat khas esok. Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan membangkitkan perkara tersebut sekiranya tiada mana-mana individu lain yang berbuat demikian. “Mesyuarat esok akan dipengerusikan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi. Saya yakin akan ada pihak bangkitkan isu ini dalam…










