UDA Holdings rai 100 anak yatim, asnaf menjelang Aidilfitri

UDA Holdings rai 100 anak yatim, asnaf menjelang Aidilfitri

NAIB Presiden Kanan Bahagian Pelaburan & Pengurusan Harta UDA Holdings Bhd. Mohd. Nazri Jamiran (kanan) cuba memakaikan baju kepada salah seorang penerima pada Program CSR Sinar Ramadan Uda di Angsana Johor Bahru Mall di Johor Bahru hari ini. - UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset, UDA Holdings Berhad (UDA) meraikan seramai 100 anak yatim dan asnaf menerusi Program Sinar Ramadan UDA 2026 di sini hari ini.

Ketua Komunikasi Korporat Kumpulan UDA, Radziah Mohamed Fadzil berkata, menerusi program itu penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh Johor diperuntukkan RM350 setiap seorang bagi membeli-belah pakaian serta kelengkapan Aidilfitri sempena sambutan Syawal yang bakal tiba.

“Hampir RM30,000 zakat wakalah disalurkan bagi pembelian pakaian dan kelengkapan baharu kepada 85 penghuni Rumah Perlindungan Fitrah Qaseh yang berusia antara 12 bulan hingga 28 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sumbangan ini diharap dapat memberi keceriaan kepada anak-anak agar turut sama menikmati kemeriahan Syawal selain menjadi inspirasi kepada UDA untuk terus berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan,” katanya.

Tambah Radziah, program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu dilaksanakan sejak 2021 dimana ia selari dengan aspirasi ‘Memenuhi Impian’ UDA, tahun ini.

“Sumbangan zakat wakalah itu dilaksanakan menerusi salah satu tunggak utama UDA Prihatin iaitu Memperkasa Kehidupan yang memberi tumpuan kepada sokongan komuniti memerlukan di sekitar wilayah pembangunan perniagaan UDA.

“Selain itu, tiga lagi tunggak program UDA Prihatin ialah Pendidikan, Usahawan serta Projek Penambahbaikan yang memberi fokus kepada pemerkasaan masyarakat secara menyeluruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×