PETALING JAYA: Jumlah ketibaan pelawat ke negara ini mencatatkan peningkatan lebih daripada 30 peratus setakat Februari tahun ini berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Timbalan Setiausaha Agung (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, Chua Choon Hwa berkata, ini sekali gus meletakkan sasaran Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 di landasan tepat biarpun konflik masih berlaku di Asia Barat. Katanya, peningkatan itu didorong trafik yang tinggi ketika Tahun Baru Cina menunjukkan pemulihan…











