BUTTERWORTH: Pengarah sebuah syarikat kontraktor didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menipu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) berhubung kerja-kerja pembinaan di Taman Bandaraya Pulau Pinang, enam tahun lalu. Tertuduh, Ahmad Fahim Mohammed Hussein, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah. Mengikut pertuduhan, dia didakwa menipu seorang Penolong Jurutera MBPP, Nur Hazalina Zakaria dengan memperdayakan wanita itu supaya mempercayai…










