KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pendaftaran & Perkhidmatan Perniagaan) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima wang berjumlah RM50,000 daripada anak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin, lapan tahun lalu. Tertuduh, Khuzairi Yahaya, 55, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Suzana Hussin. Mengikut pertuduhan, penjawat awam itu telah menerima untuk dirinya sendiri RM50,000 tanpa…










