KUALA LUMPUR: “Sampai jumpa, Vid.”
Demikian luahan penyanyi Afgan yang memperingati pemergian sahabatnya yang juga penyanyi, Vidi Aldiano yang meninggal dunia semalam selepas lapan tahun menderita kanser.
Afgan atau Afgansyah Reza, 36, mengenang Vidi sebagai insan baik yang membahagiakan ramai orang.
“Vid, salah satu rezeki terbesar di hidupku adalah punya kamu sebagai sahabat aku. Kamu akan melakukan apa sahaja demi orang yang kamu sayang.
“Kamu membawa cahaya dalam kehidupan ramai orang termasuk saya. Terima kasih kerana mengajarkan tentang keikhlasan dan ketulusan hati.
“Besarnya hati kamu, kamu dipanggil Allah S.W.T dalam bulan yang paling suci, di hari tepat dimana Al-Quran diturunkan.
Masha-Allah.
“Saya amat menyayangi kamu sahabat, dan sudah mula merindukan kamu. Tapi saya yakin, nanti kita akan bertemu lagi. Dalam pada itu, baik-baik ya disana. Kita semua akan selalu doakan kamu,” tulisnya di Instagram.
Vidi menghembuskan nafas terakhir pada usia 35 tahun selepas sekian lama melawan kanser buah pinggang tahan tiga yang dikesan pada 2019.
Jenazahnya dikebumikan pagi tadi di Tanah Perkuburan Tanah Kusir, Jakarta Selatan.
Pemergian Vidi juga meninggalkan kesan kepada ramai selebriti Indonesia, antaranya penyanyi dan pencipta lagu terkenal Melly Goeslaw.
“Selamat jalan Vidi Aldiano, kembali ke pangkuan Allah S.W.T di bulan suci Ramadan sungguh diinginkan oleh semua hambaNya.
“Namun kamu terpilih olehNya. Insya-Allah Syurga tempatmu. Sudah tidak sakit lagi sekarang, meski pemergianmu membuat kami semua kehilangan.
“Banyak yang sayang Vidi , namun Allah S.W.T lebih sayang dan tahu yang terbaik untukmu. Karya dan kecintaanmu pada musik akan tetap kami kenang,” kongsinya di Instagram. – UTUSAN










