BERMULA kisah ini setelah dia berasakan terlalu susah untuk hidup tanpa wang. Dia benar-benar rasa kesempitan sementara menunggu hari gaji. Dengan beberapa keping duit syiling dan beberapa helai duit seringgit yang tinggal, mana mungkin dia dapat beli ikan dan sayur untuk besok, lusa, tulat, dan langkat. Lima hari lagi baru dia dapat gaji. Keadaan akan bertambah parah jika dia terpaksa mengisi petrol untuk motosikal kapcainya nanti. Duit jajan anak-anak ke…










