Rafizi kekal ahli PKR, Fahmi Zainol digantung

Rafizi kekal ahli PKR, Fahmi Zainol digantung

FAHMI ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli masih kekal sebagai ahli PKR.

Setiausaha PKR, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, namun Rafizi diingatkan agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti.

Menurutnya, mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang berlangsung pada hari ini telah membincangkan isu surat tunjuk sebab kepada Rafizi dan jawapannya sebelum ini.

“Parti mengambil maklum bahawa beliau kekal sebagai anggota parti dan mengingatkan beliau agar sentiasa mematuhi perlembagaan, kod tata etika dan disiplin parti sebagai tanda beliau masih setia sebagai anggota parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Fuziah memaklumkan, Exco Pulau Pinang, Fahmi Zainol telah digantung tugas serta-merta sehingga kes mahkamah membabitkan pukul isteri selesai.

“Berhubung jawatan beliau di Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Setiausaha Agung PKR akan mengutuskan surat kepada Ketua Menteri dalam masa terdekat,” katanya.

Sementara itu, Fuziah berkata, Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara, Dr Sani Araby Salim Araby dan Pengurus Strategik MAPIM, Hidayat Abdullah merupakan antara 14,225 anggota baharu PKR bagi tempoh Oktober 2025 sehingga Januari 2026.

Katanya, MPP memutuskan Muhd Haris Mohd Ismail atau PU Haris sebagai Timbalan Pengerusi Biro Agama PKR manakala Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man sebagai ahli ex officio MPP.

Menurut Fuziah, Perdana Menteri akan membawa satu usul tergempar di Dewan Rakyat pada esok mengecam serangan kejam Israel dan sekutunya ke atas Iran.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN