ALOR SETAR: Seramai 10 suspek termasuk seorang wanita warga Thailand sudah ditahan bagi membantu siasatan kes tembak kenderaan dinaiki Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, minggu lalu. Kesemua mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan Geng Pak Su ditahan sejak 25 hingga 28 Februari lalu di beberapa lokasi sekitar Bukit Kayu Hitam di Kubang Pasu. Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, pihaknya masih melakukan siasatan…











