PETALING JAYA: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan umat Islam mengambil pedoman dan pengajaran daripada konflik serta peperangan di Asia Barat yang memberi kesan besar di seluruh dunia. Baginda bertitah, rakyat seharusnya bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah, namun tidak boleh leka dan lalai. “Beta mahu umat Islam perlu terus memperkukuhkan lagi kesatuan dan perpaduan serta mengelakkan sebarang pertelingkahan dan perbalahan sesama sendiri. Jadikan apa yang berlaku…










