KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri pagi ini bersama lebih 1,000 jemaah di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar. Berangkat sama ialah Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah. Turut menunaikan solat ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta beberapa ahli kepemimpinan dan pentadbiran negeri. Khutbah yang disampaikan oleh Imam…










