Rakyat Malaysia perlu waspada hadiri himpunan Melayu Raya 2026 di PattaniRakyat Malaysia perlu waspada hadiri himpunan Melayu Raya 2026 di Pattani - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia perlu waspada hadiri himpunan Melayu Raya 2026 di Pattani

RAKYAT Malaysia yang menghadiri himpunan Melayu Raya 2026 di Pantai Teluban, Saiburi, Pattani, Thailand perlu berwasapada susulan ancaman keselamatan di Selatan Thai sejak kebelakangan ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NARATHIWAT (THAILAND): Rakyat Malaysia yang merancang menghadiri himpunan Melayu Raya 2026 pada 23 dan 24 Mac 2026 di Pantai Teluban, Saiburi, Pattani, dekat sini supaya mengambil langkah lebih berhati-hati terhadap ancaman keselamatan sejak kebelakangan ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Ahmad Fahmi Ahmad Sarkawi berkata, pihaknya tidak melarang rakyat Malaysia menghadiri acara tahunan itu, namun perlu mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Kita tahu ada acara tahunan besar dianjurkan di Saiburi pada hari raya ketiga dan keempat. Sebelum ini, ramai rakyat Malaysia turut hadir. Sekarang ini, beberapa isu sedang berlaku di Thailand termasuk di Selatan Thai. Antaranya dari segi keselamatan dan kekurangan bekalan bahan bakar.

“Jadi rakyat Malaysia yang hendak hadir pada acara itu perlu merancang dengan rapi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Perhimpunan Melayu Raya 2026 kali ini mendapat sokongan kerajaan, tentera, polis, pihak berkuasa tempatan dan Pusat Operasi Keselamatan Dalam Negeri Wilayah 4 (ISOC 4).

Sementara itu, sumber keselamatan memberitahu, dalam tempoh 29 hari bermula 19 Februari hingga 20 Mac, sejumlah 83 insiden keganasan dilaporkan di Wilayah Narathiwat, Yala, Pattani dan Songkhla.

“Semua 83 insiden itu termasuk pengeboman, tembakan, pembakaran, vandalisme dan contengan. Insiden paling hebat melibatkan dua pertempuran bersenjata yang menyebabkan tiga kematian di Pattani.

“Daripada jumlah itu, sembilan insiden melibatkan penembakan; pengeboman (lapan kes); pembakaran (tiga kes); memusnahkan kamera litar tertutup (18 kes); contengan cat (41 kes); penyebaran risalah (dua kes) dan pembunuhan bukan disebabkan kes keselamatan (dua kes),” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN