Sultan Nazrin rasmi Masjid Jamek Kampung Jeram Kampar - Utusan Malaysia

Sultan Nazrin rasmi Masjid Jamek Kampung Jeram Kampar

SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah menanam pokok tanjung sebagai simbolik perasmian Masjid Jamek Kampung Jeram di Kampar. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Jamek Kampung Jeram di sini hari ini.

Keberangkatan baginda disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Sultan Nazrin berkenan menanam pokok bunga tanjung sebagai simbolik perasmian sebelum berangkat ke majlis berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih di masjid berkenaan.

Masjid Jamek Kampung Jeram dibina pada 1914 berasaskan seni bina tradisional Melayu.

Bagi menampung pertambahan bilangan jemaah yang semakin meningkat , masjid baharu dibina pada tahun 1982 bersebelahan masjid lama yang mempunyai struktur konkrit moden dan kubahnya diinspirasikan daripada reka bentuk Masjid Negara berbentuk payung separa terbuka. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN