GOMBAK: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mengorak langkah dalam memperkasa modal insan negara menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU). Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, inisiatif itu membantu pelajar UIAM menerima penempatan latihan industri yang lebih berstruktur merangkumi bidang seperti undang-undang, teknologi maklumat, perakaunan dan pengurusan strategik. Beliau berkata, langkah strategik itu juga untuk menghasilkan platform sokongan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta…










