PUTRAJAYA: Pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 di Putrajaya berdasarkan Gred Purata Negeri (GPN) keseluruhan mencatatkan 3.31 mata dengan perbezaan 0.13 mata, berbanding 3.44 mata pada tahun 2024. Pengarah Pendidikan Jabatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Nadimin Abdul Aziz berkata, tahun ini seramai 2,317 pelajar layak dianugerahkan sijil SPM dengan peningkatan 0.12 peratus, daripada jumlah keseluruhan 2,336 calon yang menduduki peperiksaan itu. “Daripada 2,317 calon tersebut, seramai 195 calon berjaya…










