SPM 2025: 94.29 peratus calon layak dapat sijil, 1,631 calon pula semua gagal

SPM 2025: 94.29 peratus calon layak dapat sijil, 1,631 calon pula semua gagal

MOHD. Azam Ahmad menunjukkan laporan analisis SPM 2025 di KPM, Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seramai 366,435 atau 94.29 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 layak diberikan sijil, berbanding 355,933 atau 94.01 peratus pada 2024.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr. Mohd. Azam Ahmad, berkata jumlah tersebut menunjukkan peningkatan seramai 10,502 orang atau bersamaan 0.28 peratus.

“Bagi calon sekolah KPM (Kementerian Pendidikan), seramai 329,272 orang atau 94.51 peratus layak dianugerahkan sijil SPM tahun 2025.

“Jumlah itu meningkat berbanding 319,016 atau 94.20 peratus calon SPM 2024,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman analisis keputusan SPM 2025 di Kementerian Pendidikan (KPM) di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Azam berkata, seramai 1,631 calon atau 0.42 peratus calon memperoleh keputusan semua gagal berbanding 1,789 orang pada 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN