MELAKA: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) akan memberi tumpuan kepada usaha menghidupkan semula 84 koperasi yang dikenal pasti tidak aktif daripada keseluruhan 516 koperasi berdaftar di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Alex Seah Shoo Chin berkata, usaha itu selaras dengan komitmen kerajaan negeri untuk memperkukuh peranan koperasi sebagai pemacu ekonomi komuniti. Beliau berkata, kebanyakan koperasi yang tidak aktif dikenal pasti tidak menjalankan sebarang aktiviti…










