PETALING JAYA: Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang kurang bernasib baik digesa untuk tidak berputus asa dan terus mengorak langkah bagi mencapai kecemerlangan dalam kehidupan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perjalanan anak-anak itu masih panjang dan mempunyai ruang untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan. Beliau berkata, sistem pendidikan negara akan membantu mereka dalam setiap langkah diambil demi membina masa depan yang cemerlang. “Bagi yang kurang bernasib baik, usah…










