PETALING JAYA: Asia perlu memainkan peranan lebih aktif dalam mempertahan serta memperbaharui kerjasama pelbagai hala dalam landskap geopolitik global. Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, persaingan geopolitik, tekanan ekonomi serta penggunaan teknologi kini semakin ketara memandangkan dunia berada dalam era ‘age of power’. “Asia melihat keadaan ini sebagai satu defisit kepercayaan terhadap sistem antarabangsa, khususnya apabila undang-undang dan peraturan global dilihat tidak diterapkan secara konsisten. “Sehubungan itu,…










