LARUT: Isteri dan ibu kepada lelaki yang maut dilanggar pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol di Klang, Selangor semalam mahu hukuman berat dikenakan terhadap pemandu tersebut. Nor Nadia Abdul Majid, 32, mahu hukuman setimpal dikenakan terhadap pemandu kereta yang menyebabkan kematian tragis suaminya, Amirul Hafiz Omar, 33. “Saya tidak menyangka suami saya dilanggar dengan kejam oleh pemandu di bawah pengaruh dadah dan alkohol. Suami saya tidak bersalah, saya mahu…










