POKOK SENA: “Saya tidak mahu kekurangan diri dijadikan alasan untuk tidak boleh cemerlang di sekolah seperti rakan lain yang normal.” Demikian kata murid Tahun Enam, Masyitah Mohamad Tarmizi, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Jabi, di sini yang membuktikan kecemerlangan meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) diumumkan, baru-baru ini. Anak tunggal dari Kuala Kedah itu berkata, kejayaan tersebut bukan datang bergolek, sebaliknya hasil usaha kerasnya tiga kali…










