KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 bagi mengehadkan tempoh 10 tahun jawatan Perdana Menteri yang gagal diluluskan di Dewan Rakyat semalam bukan salah pembangkang. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua ahlinya sudah menyatakan setuju tetapi dengan syarat RUU tersebut perlu penambahbaikan dan ia sudah dimaklumkan kepada kerajaan. Beliau berkata, kerajaan perlu mempersalahkan ahli Parlimen dari blok kerajaan yang tidak mengundi semalam sehingga menyebabkan RUU tersebut gagal…










