PETALING JAYA: Sebanyak 1,197.77 tan metrik getah pekebun kecil dengan nilai keseluruhan RM3.79 juta dibeli Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) setakat Februari lalu, selepas menjadi pembeli getah utama sejak awal tahun ini. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, inisiatif di bawah Risda Plantation Sdn. Bhd. (RPSB) yang berperanan sebagai agen pelaksana meningkatkan pengeluaran getah domestik sehingga 75 peratus, dengan sasaran kutipan 300,000 tan…










