PETALING JAYA: Peningkatan rizab antarabangsa Malaysia ketika ini dilihat sebagai perkembangan positif yang memperkukuh kedudukan kewangan negara, namun tumpuan kini beralih kepada tahap ketahanan ekonomi dalam mendepani komitmen hutang luar. Pensyarah Kanan Ekonomi dan Perbankan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Mohd. Faisol Ibrahim berkata, meskipun kedudukan rizab menunjukkan aliran menaik, kemampuan sebenar negara diukur melalui kelestarian untuk menampung import dan liabiliti jangka pendek. Menurut beliau, tahap rizab semasa yang…










