SHAH ALAM: Perebutan kawasan sekuriti di tapak perumahan dipercayai motif kekecohan dan pergaduhan melibatkan dua kumpulan di Balai Polis Meru, Klang pada Isnin lalu. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, siasatan mendapati kesemua suspek terlibat mengenali satu sama lain dan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap. Susulan itu, katanya, polis berjaya menahan kesemua lapan suspek lelaki tempatan berusia 28 hingga 44 tahun dipercayai terlibat dalam kes itu. “Tangkapan pertama melibatkan…








