KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia di Doha, Qatar menggambarkan situasi keselamatan di negara itu kian tegang apabila beberapa dentuman kuat dipercayai letupan peluru berpandu kedengaran pagi semalam tanpa sebarang amaran awal. Yasmin Adiela menetap di kawasan West Bay berkata, bunyi letupan kira-kira pukul 7.35 pagi waktu tempatan itu begitu kuat sehingga menggegarkan pintu gelangsar kediamannya di tingkat 10. “Lebih lapan dentuman kuat kedengaran, sebelum ini kami terima amaran kecemasan dan…








