Polis akan panggil Arun Dorasamy

Polis akan panggil Arun Dorasamy

Siasatan pelakon
SHAZELI KAHAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Polis akan memanggil seorang individu dikenali sebagai Arun Dorasamy bagi membantu siasatan susulan beberapa laporan yang dibuat terhadapnya berhubung isu kuil di Rawang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini pihaknya telah menerima lapan laporan polis daripada pelbagai individu serta badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan kenyataan yang dikeluarkan oleh individu berkenaan.

Menurut beliau, laporan tersebut dibuat berikutan ketidakpuasan hati terhadap kenyataan yang didakwa dikeluarkan Arun berhubung isu berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Laporan itu berkenaan ketidakpuasan hati berkaitan kenyataan yang dibuat oleh individu itu (Arun).

“Kita sedang menjalankan siasatan dan kes dirujuk sebagai ROR (refer other report) iaitu merujuk kepada kes awal melibatkan isu kuil terbabit,” katanya, dalam sidang media Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Shazeli turut mengesahkan pihak polis turut menerima satu laporan berhubung perobohan binaan haram di atas tanah milik penuh Yayasan Kubra itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini