Pilihan raya dijamin tiada campur tangan pihak luar

Pilihan raya dijamin tiada campur tangan pihak luar

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) dijamin dilakukan dengan telus tanpa campur tangan kuasa luar yang cuba untuk mencabul demokrasi negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau percaya sebahagian besar ahli Parlimen termasuk di blok pembangkang bersamanya untuk menjamin satu pilihan raya yang telus tanpa campur tangan asing.

Beliau berkata, dirinya turut percaya bahawa ramai tokoh pembangkang yang tidak bersetuju dengan gerakan mensabotaj kerajan itu walaupun berbeza parti dengannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Itu saya yakin, satu dua orang yang lain saya tak tahu saya kena tanya Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) selepas ini tetapi umumnya saya yakin,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai jaminan kerajaan bahawa pilihan raya akan datang tidak akan dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan dan menguasai masa depan negara.

Dalam pada itu, Anwar berkata, beliau akan meminta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menyelaraskan satu perjumpaan dengan ahli-ahli Parlimen sama ada dari blok kerajaan mahupun pembangkang.

“Kerana bagi saya ini tidak terikat dengan parti tetapi soal keselamatan atau national security dan kita tahu Pembangkang bersama semalam dalam kes seperti kecaman kita terhadap Israel dan Amerika semalam.

“Itu satu-satunya negara saya teliti seluruh liputan media, Malaysia itu di antara yang paling keras,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini